
Sejak Januari 2020 hingga semalam, 4 Jun 2022 Malaysia mencatat 4,513,631 kes positif, dengan 4,455,498 pesakit telah sembuh. - Gambar EPA
Sebanyak 1,591 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 4 Jun 2022), menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Daripada jumlah itu, 1,176 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, penerima dua dos (291 kes); individu tidak divaksinasi (100 kes); dan 24 kes penerima belum lengkap vaksinasi.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,513,631 kes, dengan 4,455,498 pesakit telah pulih, termasuk 2,185 yang sembuh semalam.
Sehingga kini, 22,447 kes Covid-19 masih aktif, dengan 21,480 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 18 ditempatkan di PKRC; 922 dirawat di hospital; dan 27 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, termasuk 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah pecahan kes baharu bagi setiap negeri dan kumulatif positif sejak 2020 lalu”
- Selangor – 756 (1,369,381)
- Johor – 34 (384,495)
- Sabah – 55 (372,260)
- Kuala Lumpur – 297 (358,715)
- Sarawak – 25 (306,725)
- Kedah – 31 (300,534)
- Pulau Pinang – 110 (281,797)
- Kelantan – 5 (247,906)
- Negeri Sembilan – 80 (205,317)
- Perak – 92 (204,225)
- Pahang – 15 (171,768)
- Terengganu – 7 (126,272)
- Melaka – 44 (124,588)
- Labuan – 2 (21,423)
- Putrajaya – 33 (20,779)
- Perlis – 5 (17,446)
Sementara itu, KKM juga memaklumkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Kes itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,686 kes, termasuk 7,561 kes BID.
Lima kematian yang dilaporkan itu membabitkan empat di Selangor, termasuk dua kes BID, dan satu di Johor.