1,576 kes baharu, tiga kematian

December 6, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 5 Disember 2022), kekal di bawah 2,000 apabila mencatat 1,576 kes baharu, meningkat sedikit berbanding 1,502 yang dicatat pada Ahad.

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi, jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 5,001,908 kes, dengan 4,943,392 pesakit telah sembuh, termasuk 2,278 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,064 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 332 kes (penerima dua dos); 168 kes (individu tidak divaksinasi); dan 12 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW menunjukkan sehingga semalam 21,800 kes masih aktif, turun berbanding 22,505 yang dilaporkan sehingga Ahad.

Daripada jumlah itu, 20,198 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (20,889 pesakit pada Ahad); dan 1,504 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,512 pada Ahad.

KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 98 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 104 pada Ahad, dengan 69 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (70 pada Ahad).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 637 (1,536,397)
  • Kuala Lumpur – 99 (464,010)
  • Sabah – 100 (405,494)
  • Johor – 40 (397,184)
  • Sarawak – 79 (321,379)
  • Kedah – 146 (316,586)
  • Pulau Pinang – 82 (305,280)
  • Kelantan – 96 (259,053)
  • Perak – 51 (237,368)
  • Negeri Sembilan – 37 (229,572)
  • Pahang – 29 (181,642)
  • Melaka – 99 (142,561)
  • Terengganu – 39 (132,285)
  • Putrajaya – 29 (31,470)
  • Labuan – 7 (22,782)
  • Perlis – 6 (18,845).

Sementara itu, tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua daripada kes kematian itu direkodkan di Johor, termasuk satu BID, dan satu kes BID di Perak.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,716 kes, termasuk 7,818 kes BID.

Berita berkaitan
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
October 2, 2023· Isu semasa
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023· Isu semasa
Pengguna beralih daripada beli beras import ke beras tempatan, kata Mat Sabu
September 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
8 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
17 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
17 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
17 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
3 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok