
Data sehingga 17 September 2022.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 17 September 2022) turun kepada 1,572 kes berbanding 1,977 pada Jumaat.
Jumlah jangkitan baharu itu turut melibatkan tiga kes import, menurut laman sesawang CovidNOW KKM yang dikemas kini pagi tadi.
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,817,251 kes, dengan 4,754,911 pesakit telah sembuh, termasuk 2,695 pesakit pulih semalam.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,125 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 278 kes (penerima dua dos); 160 kes (individu tidak divaksinasi); dan sembilan kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).
KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 26,032 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 27,158 yang dicatat pada Jumaat.
Jumlah itu termasuk, 24,797 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (25,912 pada Jumaat); dan empat pesakit ditempatkan di PKRC (lima pada Jumaat).
Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula turun sedikit kepada 1,171, berbanding 1,178 pesakit pada Jumaat, manakala jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi kekal pada 60 orang, dengan 37 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (41 pada Jumaat).
Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:
- Selangor – 476 (1,470,097);
- Kuala Lumpur – 333 (432,930);
- Johor – 51 (393,200);
- Sabah – 150 (392,902);
- Sarawak – 52 (314,504);
- Kedah – 41 (308,932);
- Pulau Pinang – 81 (296,326);
- Kelantan – 27 (253,044);
- Perak – 148 (225,726);
- Negeri Sembilan – 61 (220,948);
- Pahang – 33 (177,065);
- Melaka – 65 (134,523);
- Terengganu – 30 (129,321);
- Putrajaya – 15 (27,123);
- Labuan – 2 (22,227); dan
- Perlis – 7 (18,383).
KKM juga memaklumkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk dua kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).
Dua kes kematian itu melibatkan Sabah di mana kedua-duanya adalah kes BID, dan satu lagi di Selangor.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,308 kes, termasuk 7,717 kes brought in death (BID).
Sementara itu, satu kluster baharu Covid-19 melibatkan kumpulan berisiko tinggi dikesan di Selangor, semalam. Kluster Dua Jalan Padang Golf 2 di Hulu Selangor melibatkan 10 jangkitan dengan 100 peratus kes aktif.