1,571 kes baharu, satu kematian

June 13, 2022 · Isu semasa

Individu yang menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 dan penerima dua dos, kekal menjadi penyumbang utama jumlah jangkitan harian Covid-19 semalam (12 Jun), menurut rekod laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada 1,571 jangkitan baharu yang direkodkan semalam, 1,131 kes melibatkan mereka yang menerima dos penggalak; 292 kes (menerima dua dos); 137 kes (individu tidak divaksinasi); dan 11 kes membabitkan penerima belum lengkap vaksinasi.

Jumlah jangkitan baharu semalam menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 mencecah 4,526,298 – ketiga tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Vietnam dan Indonesia.

Dalam tempoh sama, seramai 4,468,191 pesakit telah sembuh, termasuk 1,887 pesakit yang pulih semalam. Jumlah kes aktif sehingga kini turun kepada 22,395.

Daripada jumlah kes aktif itu, 21,375 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 18 ditempatkan di PKRC; 976 dirawat di hospital; dan 26 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah kes baharu setiap negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 714 (1,374,792);
  • Johor – 55 (384,911);
  • Sabah – 58 (372,746);
  • W.P. KL – 221 (361,295);
  • Sarawak – 40 (307,032);
  • Kedah – 28 (300,850);
  • Pulau Pinang – 133 (282,661);
  • Kelantan – 9 (248,027);
  • Negeri Sembilan – 84 (205,893);
  • Perak – 106 (204,163);
  • Pahang – 24 (171,918);
  • Terengganu – 20 (126,346);
  • Melaka – 55 (124,902);
  • W.P. Labuan – 4 (21,433);
  • W.P. Putrajaya – 15 (21,048); dan
  • Perlis – 5 (17,481).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan satu kes kematian akibat komplikasi Covid-19 semalam, iaitu di Perak, menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,712 kes.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
10 jam lalu · Isu semasa
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
10 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
11 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
14 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok