152 daripada 25,854 kes Covid-19 semalam kategori tiga hingga lima

March 2, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 152 kes atau 0.59 peratus daripada 25,854 kes harian yang dicatatkan semalam terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan baki 25,702 kes atau 99.41 peratus pula terdiri daripada kategori satu dan dua, menurut laporan Bernama.

“Daripada 152 kes kategori tiga, empat dan lima yang dilaporkan semalam, 25 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi manakala 89 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak,” katanya.

Selain itu, 38 kes kategori tiga hingga lima telah menerima dos penggalak, 65 kes membabitkan individu berumur 60 tahun dan ke atas, 51 kes mempunyai komorbid dan satu kes membabitkan ibu mengandung.

Dr Noor Hisham berkata semalam, sebanyak 1,754 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital terdiri daripada 575 kes kategori tiga hingga lima, manakala 1,179 kes daripada kategori satu dan dua.
Dalam pada itu, 25,548 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,142,112 kes.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 374 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 213 kes memerlukan bantuan pernafasan menjadikan peratusan penggunaan alat bantuan penafasan kini sebanyak 36 peratus.

Mengenai penggunaan katil kes kritikal atau ICU Covid-19 di hospital, beliau memaklumkan lapan negeri menunjukkan pengisian 50 peratus atau lebih iaitu di Putrajaya (67 peratus), Kuala Lumpur (65 peratus), Johor (63 peratus), Melaka (63 peratus), Kelantan (58 peratus), Perlis (55 peratus), Selangor (55 peratus), dan Sabah (53 peratus).

Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhannya, setiap negeri telah bersiap siaga dengan pelan tindak balas cepat sekiranya berlaku peningkatan kes yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), hospital dan ICU.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok