
Sekatan jalan raya dilaksanakan setelah penularan Covid-19 melonjak tahun lalu dalam usaha kerajaan mengawal pergerakan rentas daerah. – Gambar Agenda Daily, 16 Jun, 2021.
Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara semalam (8 Jun) meningkat semula sebanyak 390 kes berbanding 1,128 yang direkodkan pada Selasa, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Data laman sesawang github KKM menunjukkan daripada 1,518 jangkitan baharu semalam, 1,144 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, penerima dua dos (248 kes); individu tidak divaksinasi (115 kes); dan 11 kes (penerima belum lengkap vaksinasi).
Angka terbaharu semalam menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,518,965 kes, dengan 4,461,671 pesakit telah sembuh, termasuk 1,125 yang pulih semalam.
Sebanyak 21,387 kes masih aktif, meningkat 387 kes berbanding Selasa, termasuk 20,599 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 23 ditempatkan di PKRC; 941 dirawat di hospital; dan 26 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
KKM juga memaklumkan satu kluster baharu dikesan semalam membabitkan kategori pendidikan iaitu Kluster Hilir 3 di Kota Bharu, Kelantan melibatkan 18 kes.
Sehingga semalam, empat kluster masih aktif daripada 7,015 kluster Covid-19 yang dikesan sejak penularan wabak itu.
Berikut adalah kes baharu setiap negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 564 (1,371,724);
- Johor – 57 (384,700);
- Sabah – 65 (372,496);
- Kuala Lumpur – 390 (359,805);
- Sarawak – 60 (306,845);
- Kedah – 52 (300,698);
- Pulau Pinang – 89 (282,161);
- Kelantan – 26 (247,969);
- Negeri Sembilan – 65 (205,543);
- Perak – 59 (204,479);
- Pahang – 12 (171,814);
- Terengganu – 17 (126,304);
- Melaka – 38 (124,699);
- Labuan – 2 (21,427);
- Putrajaya – 16 (20,841); dan
- Perlis – 6 (17,460).
KKM juga melaporkan enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,705 kes, termasuk 7,570 kes BID.
Kematian yang direkodkan semalam membabitkan masing-masing dua kes di Perak dan Selangor, dan masing-masing satu kes di Kedah serta Negeri Sembilan.