150,000 peranti CERDIK sudah diagih kepada pelajar: Radzi Jidin

November 7, 2021 · Isu semasa

Semua 150,000 peranti di bawah inisiatif pembangunan pembelajaran digital jangka panjang (CERDIK) selesai diagihkan kepada pelajar memerlukan, pada 29 Oktober lalu, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Menurutnya pada peringkat awal, berlaku kelewatan dalam agihan peranti itu susulan sekatan pergerakan di dalam dan luar negara akibat pandemik Covid-19.

“Pada waktu itu, bukan sahaja Malaysia tetapi di seluruh dunia, bekalan peranti agak terhad mengambil kira pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau kawalan pergerakan di negara pengeluar untuk mendapatkan bekalan peranti mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Namun, hari ke hari jumlah peranti yang diterima dan diagihkan meningkat sehingga akhir sekali pada 29 Oktober lalu, semua 150,000 peranti yang patut diagihkan sudah sampai kepada murid yang dikenal pasti,” katanya di Nilai, hari ini.

Radzi berkata, peranti terakhir iaitu yang ke-150,000 diserahkan kepada pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji, Ipoh, Muhammad Harrith Irfan Mohd Daniel Timothy pada 29 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata inisiatif CERDIK dibuat berdasarkan sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang diselaraskan oleh Yayasan Hasanah di bawah Khazanah Nasional.

“GLC serta GLIC memberi sumbangan dan diselaraskan oleh Yayasan Hasanah, yang menghantar peranti ini ke pejabat pendidikan daerah (PPD)di seluruh negara.

“Kementerian Pendidikan (KPM) membantu mengenal pasti penerima dan juga mengagihkan peranti yang diterima daripada Yayasan Hasanah,” katanya.

Beliau berkata, penerima bantuan itu kini menggunakan peranti berkenaan dalam pembelajaran mereka.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen tidak lagi boleh buat ‘live’ dalam Dewan Rakyat
October 16, 2023· Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023· Politik
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok