150,000 pelajar bakal dapat manfaat peranti CERDIK

April 25, 2021 · Isu semasa

Kira-kira 150,000 pelajar akan menerima peranti CERDIK yang diedarkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) mulai hujung Mei depan.

Menurut kenyataan CERDIK hari ini, 50,000 peranti akan diedarkan hujung Mei, manakala bakinya dijangka diagihkan pada akhir September nanti.

CERDIK, inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 untuk menyediakan akses digital pendidikan melalui akses kepada peranti dan sambungan data,

Kenyataan itu berkata, setakat ini, 13,000 peranti CERDIK telah diedarkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah di beberapa negeri dan lebih 1,000 pelajar sudah menerima peranti mereka.

Program itu adalah kerjasama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan bertujuan merapatkan jurang pembelajaran digital bagi sekolah rendah dan menengah selain meneroka model pembelajaran digital untuk diguna pakai pada masa depan.

Semua peranti disahkan yang terkini dengan kapasiti mencukupi untuk penaikan taraf perisian bagi menyokong pembelajaran akademik pelajar di sekolah sekurang-kurangnya tiga tahun dengan pengesahan kualiti, fungsi dan keselamatan yang sewajarnya bagi mencegah atau meminimumkan sebarang isu atau gangguang dalam pembelajaran.

Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, CERDIK adalah program perintis pembelajaran digital dan ia dilaksanakan tepat pada masanya ketika pendigitalan kian pantas berkembang dalam semua aspek kehidupan masyarakat.

“Seperti yang kita dapat lihat, krisis wabak Covid-19 telah jelas membuktikan bahawa pendigitalan adalah sangat diperlukan. Di serata dunia, pembelajaran maya misalnya, sangat penting untuk memastikan persekolahan tidak terjejas dan pendidikan dapat diteruskan,” katanya

Beliau juga meyakinkan ibu bapa bahawa setiap peranti CERDIK dilengkapi dengan sokongan teknikal dan jaminan yang diperlukan untuk mengurangkan gangguan dalam pembelajaran digital.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pula berkata, Covid-19 telah memesatkan penggunaan digital buat orang ramai dan pembelajaran jarak jauh semakin menjadi satu kebiasaan.

Program CERDIK, katanya, diperkenal untuk merapatkan jurang sosio ekonomi dengan memudahkan pembelajaran digital untuk golongan berpendapatan rendah.

“Program perintis ini membolehkan pembelajaran digital yang perlu dijadikan komponen asas dalam pendidikan anak-anak kita jika kita ingin meraih manfaat ekonomi melalui Revolusi Industri Keempat,” katanya.

Kedua-dua menteri turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penderma korporat atas sumbangan besar mereka yang telah menjayakan program perintis CERDIK dan syarikat yang terlibat termasuk Khazanah Nasional Bhd serta kumpulan syarikatnya, Yayasan PETRONAS, Permodalan Nasional Bhd serta kumpulan syarikatnya, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta kumpulan syarikatnya dan Lembaga Tabung Haji.

Berita berkaitan
Jangkitan HFMD di Johor meningkat sebanyak 5,234 kes
June 6, 2022· Isu semasa
Rayuan Rosmah ditolak, keputusan kes rasuah solar ditetapkan 7 Julai
May 27, 2022· Isu semasa
Jangan sembunyikan kes buli
May 14, 2022· Isu semasa
Tuntutan palsu sekolah, SPRM dapat reman guru besar dan pengarah syarikat
April 22, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
5 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
5 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
5 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
5 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
6 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok