1,500 tokan dadah ditahan dalam tempoh empat bulan: Ayob Khan

May 21, 2022 · Isu semasa

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan operasi dan serbuan untuk memburu ketua-ketua sindiket dadah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pengedaran dadah tidak boleh dihapuskan selagi ketua-ketua sindiket dadah masih berleluasa, lapor Bernama.

Katanya, sejak beliau mengambil alih JSJN baru-baru ini, tumpuannya adalah untuk menangkap tokan-tokan dadah berkenaan.

“Untuk makluman dalam tempoh empat bulan ini, JSJN dalam op tapis telah menahan 1,500 tokan dadah di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran JSJN di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata JSJN menyahut cabaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin supaya sindiket pengedaran dadah diperangi habis-habisan untuk menjamin masa depan remaja di negara ini.

“Kegiatan edar dadah ini takkan habis begitu sahaja, mereka (sindiket dadah) akan mencari ruang dan jalan untuk teruskan kegiatan mereka.

“Semalam, menteri (Hamzah) semasa perasmian AADK (Agensi Antidadah Kebangsaan) minta polis meningkatkan momentum untuk menyekat pengedaran dan penyeludupan dadah,” katanya.

Mengulas mengenai trend penyeludupan dadah menggunakan vape di Sentul, Ayob Khan berkata pengedar dadah akan mencari kaedah dan modus operandi yang baharu untuk memperdayakan polis serta orang awam.

“Secara kasarnya memang vape okay tetapi tidak apabila dicampur dengan dadah. Polis akan ambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya,” katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok