15 terkandas sijil vaksinasi MySejahtera tak laku di Filipina

February 14, 2022 · Isu semasa

Seramai 15 pelancong Malaysia dilaporkan terkandas di di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila Ninoy Aquino, setelah pihak berkuasa negara itu tidak mengiktiraf sijil vaksinasi digital menerusi aplikasi MySejahtera.

Sebaliknya, penumpang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi telah divaksinasi di Singapura atau United Kingdom, dibenarkan masuk ke negara itu.

Memetik laporan media, salah seorang penumpang mendakwa mereka dimaklumkan oleh pihak imigresen Filipina bahawa sijil vaksin digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera bukanlah bukti vaksinasi yang boleh diterima.

Sehubungan itu, pihak berkuasa Filipina tidak membenarkan 15 penumpang yang tiba dalam penerbangan jam 8.30 pagi dari Kuala Lumpur pada Ahad, untuk masuk ke negara itu, manakala pasport mereka juga dirampas dan diberitahu bahawa mereka akan dihantar pulang pada Selasa.

“Pasport kami telah dirampas, dan kami diberitahu bahawa kami akan dihantar pulang. Memandangkan tiada hotel tersedia, kami terpaksa tidur di atas bangku atau lantai,” kata penumpang itu, lapor ThaStar.

Penumpang itu berkata, mereka diberitahu oleh pihak imigresen Filipina bahawa mereka perlu sama ada telah divaksin di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

15 penumpang itu, yang mana 13 daripadanya warga Malaysia dan dua lagi warganegara asing, berhasrat untuk pergi ke Filipina atas urusan perniagaan, peribadi dan kemanusiaan.

Penumpang itu berkata, Duta Besar Malaysia ke Filipina secara peribadi datang menemui penumpang yang terkandas dan mereka amat bersyukur kerana beliau cuba sedaya upaya untuk membantu mereka.

“Kami telah diberitahu bahawa Kedutaan Malaysia di Filipina telah menghantar rayuan untuk timbal balik vaksinasi pada Khamis, tetapi tiada maklumat terkini daripada Agensi Hal Ehwal Luar Filipina.

“Mereka cuba sedaya upaya untuk berunding dengan imigresen, bersama-sama pasukan Malaysia Airlines, tetapi tidak berjaya dan kini semua rakyat Malaysia terkandas,” kata penumpang itu.

Pihak berkuasa imigresen Filipina juga menegaskan bahawa Kedutaan mesti menunggu sehingga pagi Isnin untuk berhubung dengan Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan kelulusan, bermakna semua penumpang akan terkandas semalaman.

“Kami berasa kecewa kerana tidak dibenarkan masuk ke negara ini. Kami paling bimbang tentang dihantar pulang. Kami merasakan bahawa jika kami diusir, ia akan menjadi satu kekecewaan yang besar dan kemunduran besar setelah melakukan perjalanan sejauh ini.

Sebelum ini, Filipina membuka sempadannya kepada pelancong yang diberi vaksin sepenuhnya mulai Khamis lalu.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok