15 kluster baharu, enam di Kelantan

September 29, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 15 kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, dengan Kelantan mencatat enam kluster melibatkan 47 individu, menurut statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Menurut statistik itu negeri berkenaan merekodkan empat kluster komuniti melibatkan 32 individu dijangkiti Covid-19, dan dua lagi kluster tempat kerja dengan 15 jangkitan.

Sementara itu Johor pula merekodkan empat kluster tempat kerja membabitkan 132 jangkitan. Kluster Perindustrian Firma Tebrau Satu di Johor Bahru mencatat jangkitan tertinggi sebanyak 54 kes daripada 95 individu yang disaring.

Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur pula masing-masing mencatatkan satu kluster tempat kerja. Bagaimanapun, Pahang turut merekodkan satu kluster komuniti, manakala Sabah juga satu kluster komuniti.

Secara keseluruhan, sebanyak 5,462 kluster dikesan sejak penularan Covid-19 di negara ini awal tahun lalu, namun 4,338 daripadanya telah ditamatkan, manakala 1,124 klsuter lagi masih aktif.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 835 rakyat asing adalah antara individu yang dikesan positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, daripada 12,434 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 207 kes atau 1.7 peratus pesakit kategori 3, 4, dan 5; dan 12,227 kes (98.3 peratus) kategori 1 dan 2.

Katanya seramai 979 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU), termasuk 871 yang telah disahkan positif Covid-19, manakala selebihnya masih dalam siasatan, disyaki dan kemungkinan dijangkiti.

“Seramai 565 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. Daripada jumlah itu, 378 adalah pesakit disahkan positif dan selebihnya masih dalam siasatan,” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham juga memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu, 17,000 pesakit sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada lebih 2.03 juta pesakit yang pulih.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Pembukaan sempadan: Kesesakan lalu lintas dijangka di Johor Bahru esok
March 31, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
11 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
23 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok