15 kereta rosak akibat ribut di Teluk Intan

April 29, 2021 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya 15 kereta dilaporkan rosak akibat dihempap bumbung bangunan yang roboh dalam kejadian ribut di kawasan parkir, Jabatan Pesakit Luar Hospital Teluk Intan, kira-kira 90 kilometer dari sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.20 petang itu.

“Kejadian itu menyebabkan kerosakan seperti pecah cermin hadapan kereta serta kesan kemek di bahagian bonet beberapa kereta berkenaan.

“Bumbung sepanjang 30 meter telah roboh dilanda ribut kencang ketika hujan lebat. Pihak Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa gambar menunjukkan runtuhan bumbung berkenaan yang menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tempat kejadian juga tular di laman media sosial.

Berita berkaitan
Puting beliung dan ribut melanda Kubang Pasu
October 29, 2023· Isu semasa
Kedah dijangka alami banyak ribut, puting beliung sehingga Mei
March 30, 2023· Isu semasa
Jumlah mangsa banjir lima negeri hingga tengah malam tadi turun
February 8, 2023· Isu semasa
580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini
February 5, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok