15 kematian, Pahang tertinggi

January 13, 2022 · Isu semasa

Negara semalam mencatat jumlah kes kematian harian kedua terendah sejak 1 Januari lalu, apabila 15 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, termasuk enam kes ‘brought in death’ (BID).

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah kematian terkumpul sejak wabak itu menular awal 2020 lalu kini sebanyak 31,738 kes, termasuk 6,407 kes BID.

Sebelum ini negara merekodkan jumlah kematian terendah sebanyak 11 kes pada 8 Januari lalu.

Berdasarkan statistik laman sesawang kendalian KKM, Covidnow yang dikemas kini pagi ini, Pahang mengatasi negeri-negeri lain buat pertama kali apabila mencatat empat kematian semalam, termasuk dua kes BID.

Keseluruhannya negeri itu mencatat 787 kes kematian, kelima terendah berbanding negeri dan Wilayah Persekutuan lain. Jumlah itu termasuk 100 kes BID.

Sehingga semalam, Pahang merekodkan 97,708 kumulatif kes positif dengan 94,666 pesakit telah sembuh dan 2,255 kes masih aktif, menurut Covidnow.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 1,330 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 704 ditempatkan di PKRC; 204 dimasukkan ke hospital; dan 17 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 11 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari tahun lalu sehingga 11 Januari lalu, sebanyak 2,663,092 dos vaksin telah diberikan kepada populasi yang layak di negeri itu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 70.1 peratus atau 1,176,270 populasi telah lengkap divaksin, manakala 71.0 peratus atau 1,192,056 lagi menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama daripada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal.

Sejak Oktober lalu pula, seramai 304,091 penduduk negeri itu telah menerima suntikan dos penggalak.

Sebanyak 16 daripada 372 kluster juga masih aktif di Pahang, dengan lima daripadanya membabitkan kluster import; diikuti masing-masing empat kluster tempat kerja dan komuniti; kumpulan berisiko tinggi (dua); dan pendidikan (satu).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan Johor, Kelantan dan Perak masing-masing merekodkan dua kes kematian, diikuti masing-masing satu di Negeri Sembilan, Sabah, Selangor, Terengganu, dan Kuala Lumpur.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Kedah, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya

Jumlah terkumpul positif Covid-19 di negara ini sehingga semalam sebanyak 2,795,233, dengan 2,723,599 pesakit telah sembuh, manakala 39,896 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 32,550 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 3,666 ditempatkan di PKRC; 3,465 dimasukkan ke hospital; dan 215 pesakit dirawat di ICU, dengan 105 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia di landasan tepat catat KDNK hingga 6.3%: Tengku Zafrul
22 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
29 minit lalu · Isu semasa
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
38 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok