14,949 kanak-kanak lengkap dua dos

Seramai 14,949 atau 0.4 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dilancarkan 3 Februari lalu hingga semalam.

Semalam sahaja seramai 8,550 kanak-kanak menerima dos kedua, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Pada masa sama seramai 1,348,693 atau 38.0 peratus lagi kanak-kanak menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 15,850,917 atau 67.4 peratus populasi dewasa berusia 18 tahun dan ke atas pula telah menerima dua dos, manakala 23,230,565 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 15,850,917 atau 67.4 peratus populasi dewasa lagi melengkapkan program imunisasi Covid-19 apabila menerima dos penggalak.

Bagi PICK Remaja pula seramai 2,853,753 atau 91.7 peratus mereka yang berusia antara 12 dan 17 tahun telah lengkap divaksinasi, dan 2,949,653 atau 94.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya, lebih 68.99 juta dos vaksin telah diberikan kepada populasi di Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak PICK dilancarkan 24 Februari 2021.

Daripada jumlah itu, 25,823,473 atau 79.1 peratus menerima dua dos manakala 27,528,911 atau 84.3 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

BERITA BERKAIT
POPULAR