1,486 kes baharu semalam, 26,154 pesakit jalani kuarantin di rumah

September 6, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 5 September 2022) turun lagi kepada 1,486 berbanding 1,904 kes yang direkodkan pada Ahad.

Jumlah jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,792,942 kes, dengan 4,729,147 pesakit telah sembuh, termasuk 2,897 pesakit telah pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,037 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 285 kes (penerima dua dos); 160 (individu tidak divaksinasi); dan empat kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 27,546 kes masih aktif, turun berbanding 28,961 yang dicatat pada Ahad.

Jumlah itu termasuk, 26,154 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (27,584 pada Ahad); dan 16 ditempatkan di PKRC (18 pada Ahad).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital bagaimanapun naik kepada 1,297 semalam, berbanding 1,286 pesakit pada Ahad, manakala 79 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (73 pada Ahad), dengan 43 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (36 pada Ahad).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 315 (1,463,397);
  • Kuala Lumpur – 340 (427,969);
  • Johor – 70 (392,311);
  • Sabah – 159 (390,841);
  • Sarawak – 71 (313,290);
  • Kedah – 62 (308,020);
  • Pulau Pinang – 65 (295,305);
  • Kelantan – 64 (252,289);
  • Perak – 111 (223,604);
  • Negeri Sembilan – 37 (219,812);
  • Pahang – 50 (176,441);
  • Melaka – 59 (133,576);
  • Terengganu – 46 (128,953);
  • Putrajaya – 30 (26,679);
  • Labuan – 0 (22,168); dan
  • Perlis – 7 (18,257).

KKM juga memaklumkan empat pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Kes kematian itu dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Perak, dan Selangor menjadikan sejak Mac 2020 hingga semalam, jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 meningkat kepada 36,249 kes, termasuk 7,705 kes BID.

Sementara itu, KKM juga melaporkan satu kluster baharu dikesan di Seremban, Negeri Sembilan. Kluster Taman Bunga Raya melibatkan 10 kes kumpulan berisiko tinggi.

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
15 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
15 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
21 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok