1,477,888 kanak-kanak telah terima dos pertama vaksin Covid-19

April 24, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 18.8 peratus atau 667,069 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah lengkap menerima dua suntikan vaksin Covid-19 sejak PICKids dilancarkan 3 Februari lalu.

Semalam (Sabtu 23 April) sahaja seramai 51,400 kanak-kanak telah menerima dos kedua masing-masing, sementara itu, seramai 1,477,957 atau 41.6 peratus kanak-kanak lagi telah menerima dos pertama.

Sementara itu, hampir 62 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada individu dewasa, dengan 16,006,894 atau 68.0 peratus daripadanya telah menerima suntikan dos penggalak.

Seramai 22,963,872 atau 97.6 peratus individu dewasa lagi menerima dos kedua masing-masing, manakala 23,240,846 atau 98.8 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,885,265 atau 92.7 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 2,985,091 atau 95.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya 70,013,893 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi Malaysia yang layak, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 26,516,206 atau 81.2 peratus telah lengkap divaksinasi, manakala 27,703,825 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Kerajaan melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dalam usaha mewujudkan imuniti kelompok dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menghalang penularan Covid-19 secara lebih meluas, sejak 24 Februari 2021.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
9 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok