1,453 kes baharu, dua kematian

October 10, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Ahad, 9 Oktober 2022) turun lagi kepada 1,453 kes, termasuk lapan kes import, berbanding 1,627 kes yang direkodkan pada Sabtu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,854,976 kes, dengan 4,795,804 pesakit telah sembuh, termasuk 1,800 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 1,034 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 262 kes (penerima dua dos); 150 kes (individu tidak divaksinasi); dan tujuh kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 22,772 kes masih aktif, turun berbanding 23,121 kes yang dilaporkan sehingga Sabtu.

Daripada jumlah itu, 21,768 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (22,115 pesakit pada Sabtu); 967 dirawat di hospital (963 Sabtu); dan 37 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (43 Jumaat), dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (27 Jumaat).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 611 (1,481,683);
  • Kuala Lumpur – 258 (440,614);
  • Sabah – 111 (396,027);
  • Johor – 33 (394,220);
  • Sarawak – 29 (316,149);
  • Kedah – 49 (310,342);
  • Pulau Pinang – 69 (298,121);
  • Kelantan – 28 (254,082);
  • Perak – 101 (229,007);
  • Negeri Sembilan – 69 (222,857);
  • Pahang – 16 (177,793);
  • Melaka – 42 (135,831);
  • Terengganu – 15 (129,800);
  • Putrajaya – 20 (27,669);
  • Labuan – 0 (22,283); dan
  • Perlis – 2 (18,498).

Sementara itu KKM juga melaporkan dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Kedua-dua pesakit meninggal dunia di Melaka menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,400 pesakit Covid-19 telah meninggal dunia, termasuk 7,741 kes BID.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
14 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
16 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
16 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
22 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok