1,451 kes semalam, tujuh kematian

June 1, 2022 · Isu semasa

Jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 31 Mei) meningkat lagi berbanding Isnin, setelah mencatat jumlah kedua terendah tahun ini pada Ahad iaitu sebanyak 1,155 kes.

Dalam tempoh semalam Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 1,451 jangkitan baharu positif Covid-19, termasuk enam kes import. Pada Isnin jumlah jangkitan yang dicatat ialah 1,325 kes.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,506,510 kes, dengan 4,447,682 pesakit telah sembuh, termasuk 2,071 yang telah pulih semalam.

Sehingga semalam, 23,152 kes masih aktif, termasuk 22,160 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 19 ditempatkan di PKRC; 945 dirawat di hospital; dan 28 pesakit dimasukkan ke hospital, dengan 15 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 982 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19; 319 kes (penerima dua dos); 131 kes (tidak menerima vaksinasi); dan 19 kes (menerima satu dos).

Selangor kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 665 kes, menjadikan kumulatif positif sebanyak 1,366,163 kes, dengan 1,347,664 pesakit telah sembuh.

Berikut adalah pecahan kes baharu mengikut negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak 2020:

Selangor – 665 (1,366,163)
Johor – 29 (384,347)
Sabah – 36 (372,094)
Kuala Lumpur – 287 (357,342)
Sarawak – 44 (306,635)
Kedah – 45 (300,377)
Pulau Pinang – 84 (281,338)
Kelantan – 15 (247,866)
Negeri Sembilan – 72 (204,864)
Perak – 73 (203,712)
Pahang – 13 (171,704)
Terengganu – 18 (126,238)
Melaka – 43 (124,360)
Labuan – 1 (21,419)
Putrajaya – 22 (20,624)
Perlis – 4 (17,427)

Sementara itu, KKM juga memaklumkan tujuh lagi pesakit meninggal dunia semalam, termasuk tiga kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Ini menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,676 kes, termasuk 7,558 kes BID.

Daripada jumlah kematian itu, Kedah dan Selangor masing-masing mencatat dua kes, manakala masing-masing satu kes di Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, KKM juga memaklumkan satu kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor iaitu Kluster Jalan Broga di Hulu Langat membabitkan kumpulan berisiko tinggi sebanyak 23 kes.

Sehingga semalam, tiga kluster daripada 7,013 kluster yang dikesan di seluruh negara, masih aktif, manakala selebihnya telah ditamatkan.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
30 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
1 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
1 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
RM9.40 sekilogram harga siling baharu ayam mulai 1 Julai
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok