145 ketulan ganja ditinggal dalam kereta di pasar raya di Bangsar

June 7, 2022 · Isu semasa

Polis menahan tiga lelaki dan merampas 145 ketulan mampat dadah jenis ganja di kawasan letak kereta sebuah pasar raya di Bangsar, Kuala Lumpur, 31 Mei lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Ahmad Jefferi Abdullah berkata kesemua suspek yang berusia 23 hingga 49 tahun berkenaan ditahan sekitar 2 petang selepas mereka selesai mengalihkan dadah dipercayai dari negara jiran itu ke dalam kereta jenis Proton Preve, lapor Bernama.

“Ganja itu dianggar seberat 142.1 kilogram bernilai RM355,250 dan berdasarkan balutan warna emas yang digunakan, ganja tersebut dipercayai daripada gred paling tinggi yang akan diedar ke sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu yang mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah dipercayai melakukan aktiviti pengedaran tersebut sejak empat bulan lepas.

Menurutnya polis turut merampas tiga kenderaan bernilai RM138,000 daripada mereka manakala hasil saringan awal air kencing mendapati dua daripada mereka positif terhadap dadah.

Ahmad Jefferi berkata kesemua mereka yang merupakan penganggur direman seminggu bermula Rabu lepas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sama ada mereka adalah dalang atau tidak, siasatan masih lagi dijalankan dan kita percaya ada lagi dalang lain di sebalik sindiket ini,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok