14 PPV baharu diaktifkan di empat negeri mulai esok

Kerajaan bersetuju membuka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) baharu di empat negeri yang akan beroperasi mulai 25 dan 26 Julai ini bagi memastikan kadar vaksinasi harian terus meningkat.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) dalam hantaran di Facebooknya hari ini memaklumkan 11 PPV baharu itu akan dibuka di Selangor, dan masing-masing satu di Johor, Kedah, dan Melaka.

Di Johor, PPV baharu yang akan beroperasi mulai Ahad 25 Julai 2021 ialah di Desaru Coast Conference Centre (DCCC).

PPV lain yang akan beroperasi pada Isnin 26 Julai 2021 ialah Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di Kedah; dan Dewan Majlis Perbandaran Jasin Sri Umbai, Melaka.

Sementara itu, 11 PPV baharu akan diaktifkan di Selangor mulai Isnin 26 Julai 2021 membabitkan:

Le Gardens Pavilion, gamuda Gardens, Rawang;
Dewan Banquet Persada PLUS, Subang;
Dewan Meranti 2 Seksyen U20 Bandar Baru Sungai Buloh, Shah Alam Utara;
Dewan Kenanga, Seksyen 28, Shah Alam Tengah;
Dewan Kemuning Utama, Seksyen 32, Shah Alam Selatan;
Dewan Persatuan Hokkien, Klang;
Dewan Persatuan Soka Gakkai;
Galaxy Mall, Ampang;
Bangi Convention Centre, Seksyen 14 Bandar Baru Bangi;
Dewan Canselor MSU, Seksyen 13, Shah Alam; dan
UNIKL – British Malaysia Institute, Sungai Pusu.

Semalam, negara merekodkan jumlah pemberian vaksin Covid-19 tertinggi apabila 507,050 dos suntikan diberikan kepada penerima di seluruh negara sejak program vaksinasi peringkat kebangsaan dilancarkan Februari lalu.

Daripada jumlah itu sebanyak 335,977 dos membabitkan penerima pertama, manakala 171,073 lagi penerima melengkapkan dos kedua masing-masing.

BERITA BERKAIT
POPULAR