14 pendaki sesat lebih 20 jam di Gua Kelam Tiga

April 13, 2021 · Isu semasa

Empat belas pendaki dari dua kelab rekreasi tempatan terperangkap lebih 20 jam di Gua Kelam Tiga, di Perlis, di sini sejak petang semalam, lapor Bernama.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata, 14 pendaki itu terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita adalah warga tempatan.

“Kita difahamkan 11 orang pendaki mula memasuki Gua Kelam Tiga pada 11 pagi semalam bersama sekumpulan pendaki dari sebuah politeknik, namun mereka (11 pendaki) memilih jalan berbeza menyebabkan terpisah dari kumpulan pendaki politeknik.

“Pada 10 malam, tiga orang lagi pendaki yang menghantar makanan kepada rakan mereka turut sesat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata, polis menerima laporan awal pada jam 6.50 pagi dan berjaya mengenal pasti lokasi pendaki apabila berjaya menghubungi mangsa yang sesat pada 9.30 pagi tadi.

“Kita telah lancar operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.00 pagi yang dianggotai 18 orang daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Malaysia (JPM) dan pemandu arah,” katanya.

Saifudin berkata, maklumat awal yang diperoleh mendapati bahawa semua mangsa dalam keadaan selamat dan hanya mengalami keletihan dan luka-luka kecil.

“Kita terpaksa mengambil masa yang agak panjang untuk membawa keluar semua mangsa berikutan keadaan gua dan mungkin akan mengambil masa lapan hingga 10 jam,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati bahawa semua mangsa masuk ke gua itu tanpa kebenaran pihak JPM dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 dan boleh dikompaun.

Saifudin menasihati orang ramai yang ingin terlibat dalam aktiviti mendaki atau memasuki hutan agar mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
13 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
13 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok