14 pemancing, 4 kru bot diselamatkan nelayan, lapor Maritim

February 26, 2022 · Isu semasa

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis melaporkan 14 pemancing dan empat kru bot memancing Empayar Mahsuri, yang dilaporkan karam, telah diselamatkan.

Dalam kenyataan sebentar tadi Maritim Kedah Perlis memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang bergerak ke kedudukan bot nelayan yang menyelamatkan mangsa.

“Kapal KM Tenggol dan Bot Penyelamat 5 milik Maritim Malaysia dalam perjalanan ke posisi bot nelayan yang dilaporkan menyelamatkan mangsa.

“Kita masih dalam usaha menyelamat,” katanya melalui kenyataan, sebentar tadi seperti dilaporkan BH, malam ini.

Terdahulu, media melaporkan dalam kejadian 2 petang hari ini, bot terbabit dikhuatiri karam pada kedudukan 9.4 batu nautika Barat Pulau Beras Basah, Langkawi dan dilaporkan membawa kumpulan pemancing dari Banting, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah dipetik berkata, pihaknya telah menghantar tiga aset ke lokasi untuk operasi SAR.

Katanya, menerusi sektor operasi yang diperluaskan dari lima hingga 10 batu nautika, pasukan SAR menemui beberapa objek terapung termasuk tong ikan, tin biskut dan gabus dipercayai milik bot berkenaan.

Aset Maritim Malaysia KM Tenggol, Bot Perkasa 1225 dan Bot Penyelamat 5 diatur gerak bagi operasi SAR sebaik menerima laporan kecemasan daripada Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi.

“Maklumat kejadian turut disalurkan kepada agensi penyelamat lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta komuniti nelayan setempat,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Berita berkaitan
Langkawi diiktiraf pulau terbaik di Asia Tenggara
July 22, 2022· Isu semasa
Empat nelayan Indonesia ceroboh perairan Malaysia hilang selepas bot karam
July 14, 2022· Dunia
Banjir Baling: Warga emas bersama anak OKU terselamat daripada arus deras
July 5, 2022· Isu semasa
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
June 30, 2022· Politik
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
4 minit lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
13 minit lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
26 minit lalu · Isu semasa
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
2 jam lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
2 jam lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok