14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah

September 26, 2022 · Isu semasa

Keputusan sama ada akan dipulangkan atau tidak barangan mewah milik Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor akan diumumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 14 November nanti.

Puluhan barang kemas, jam mewah dan beg tangan bernilai jutaan ringgit milik pasangan tersebut dirampas pihak berkuasa semasa serbuan di sebuah kondominum Pavilion Residences yang didaftarkan atas nama Obyu Holdings Sdn Bhd.

Pengumuman tarikh keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas mendengar mendengar hujahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah.

Dalam permohonan tersebut, pendakwa raya mem inta untuk merampas 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan yang dirampas daripada unit kondominium itu pada 17 Mei 2018; dengan kedua-dua Najib dan Rosmah menamakan diri mereka sebagai penuntut kepada barang yang dirampas.

Semasa penghujahan, peguam Najib Tania Scivetti berhujah bahawa tujuh jam tangan yang dirampas daripada serbuan 2018 adalah hadiah dan tidak berkaitan dengan dana milik firma pelaburan berdaulat 1MDB.

Scivetti berkata hujahnya disokong oleh afidavit daripada pegawai penyiasat Superintendan Foo Wei Min yang mengesahkan beberapa jam tangan yang dirampas adalah hadiah; sambil menambah tiada bukti kukuh untuk membuktikan sebaliknya.

“Atas alasan itu, kami berhujah timbalan pendakwa raya tidak boleh dikatakan berpuas hati menurut Seksyen 56(1) Akta (Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram) dan melaksanakan perintah sivil bagi tujuan tersebut dan rampasan jam tangan perlu diketepikan,” katanya kepada mahkamah menurut laporan MalayMail

Timbalan pendakwa raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong sebelum ini berhujahNajib dan Rosmah gagal memenuhi peruntukan di bawah Seksyen 61 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram sebagai pihak ketiga yang jujur ​​bagi harta yang dilucuthak.

Peguam Datuk David Gurupatham yang mewakili syarikat barang kemas Lubnan Global Royalty Trading SAL, memberitahu mahkamah bahawa AGC sudah menerima representasi mereka terhadap Rosmah melepaskan tuntutannya bagi barang kemas, gelang berlian emas putih bernilai AS$220,000 (RM966,240).

Pada 8 Jun lalu, Rosmah memaklumkan kepada mahkamah tidak lagi mahu meneruskan tuntutan ke atas gelang itu semasa pengurusan kes; di mana pada masa itu Global Royalty juga membuat tuntutan sama.

David memberitahu mahkamah bahawa AGC berpuas hati bahawa gelang itu adalah hak milik Global Royalty dan memerintahkan pelepasannya kepada anak guamnya dari bilik kebal Bank Negara Malaysia.

“Oleh itu kami menarik balik tuntutan di mahkamah,” katanya.

Untuk rekod, Najib sudah disabitkan kesalahan mencuri dana RM42 juta milik SRC International Sdn BHd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun untuknya di Penjara Kajang tetapi masih dalam perbicaraan untuk beberapa kes lain yang berkaitan dengan 1MDB.

Rosmah juga didapati bersalah meminta dan menerima rasuah RM194 juta berkaitan kontrak kerajaan RM1.25 bilion untuk membekalkan tenaga kepada sekolah luar bandar di Sarawak pada 1 September lalu.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta tetapi membuat rayuan.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
27 kawasan di Selangor dilanda banjir kilat awal pagi ini
November 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
23 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
23 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok