14 negeri catat peningkatan kes harian hari ini, Selangor tertinggi

January 18, 2022 · Isu semasa

Hampir semua negeri dan Wilayah Persekutuan, kecuali Perak dan Melaka, hari ini mencatat peningkatan jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari tadi, berbanding semalam.

Kenaikan itu seiring peningkatan jangkitan peringkat nasional daripada 2,342 kes semalam kepada 3,245 hari ini.

Negeri yang merekodkan peningkatan kes hari ini ialah Selangor, Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya, Sarawak, Perlis, dan Labuan, menurut statistik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri-Negeri malam ini.

Selangor mencatat 679 kes baharu berbanding 524 semalam menjadikan kumulatif positif di negeri itu sejak awal 2020 hingga hari ini sebanyak 800,990 kes dengan sehingga semalam seramai 779,732 pesakit sembuh, 10,021 kematian dan 10,558 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 9,050 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 768 ditempatkan di PKRC; 709 dimasukkan ke hospital; dan 31 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam seramai 4,780,766 individu atau 94.5 peratus populasi Selangor melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing, dan 4,848,556 atau 95.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejak 13 Oktober tahun lalu hingga semalam, seramai 2,324,740 atau 35.6 peratus individu yang layak di negeri itu telah menerima dos penggalak.

Sebanyak 44 daripada 1,323 kluster yang dikesan di negeri itu juga masih aktif, dengan majoritinya melibatkan jangkitan di tempat kerja, menurut Covidnow.

Sehingga hari ini negara merekodkan 2,813,934 kumulatif kes positif dengan 2,741,355 pesakit sembuh dan 31,809 kematian.

Dari segi taburan kes positif mengikut kumpulan umur minggu ini pula, sebanyak 28.1 peratus melibatkan pesakit berusia 18 hingga 29 tahun; diikuti 24.6 peratus (30-39 tahun); dan 11.8 peratus (40-49 tahun).

Sebanyak 8.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun turut dijangkiti Covid, diikuti 8.3 peratus individu berusia 50 hingga 59 tahun; 6.2 peratus (60-69 tahun); 5.3 peratus (0-4 tahun); 4.6 peratus (12-17 tahun); 2.0 peratus (70-79 tahun); dan 0.6 peratus (80 tahun ke atas).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok