14 kluster baharu pendidikan dikesan semalam

Sebanyak 14 daripada 17 kluster baharu Covid-19 yang dikesan di lapan negeri semalam, melibatkan kategori pendidikan, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada semua kluster pendidikan itu, Kelantan mencatat lima kluster, diikuti Perak (empat); Kuala Lumpur (dua) dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Johor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Lima kluster pendidikan di Kelantan membabitkan:

  • Kluster Kampung Kulim, Jeli – 14 kes;
  • Kluster Kampung Serdang, Bachok – 20 kes;
  • Kluster Jalan Masjid Kubang Bemban, Pasir Mas – 19 kes;
  • Kluster Simpang Tiga Jalan Maktab 2, Kota Bharu – 23; dan
  • Kluster Lorong Sarjan Hassan, Pasir Mas – 19 kes.

Empat kluster pendidikan di Perak melibatkan:

  • Kluster Seri Bota, Perak Tengah – 34 kes;
  • Kluster Jalan Malim Nawar, Kampar dan Kinta – 10 kes;
  • Kluster Laluan Persekutuan Gopeng, Kampar – 8 kes; dan
  • Kluster Kota Gopeng 2, Kampar – 5 kes.

Kluster Pendidikan di Kuala Lumpur pula melibatkan:

  • Kluster Jalan Yahya 5, Titiwangsa – 78 kes; dan
  • Kluster Jalan Pudu 2, Lembah Pantai – 11 kes.

Sementara itu, kluster pendidikan di Pulau Pinang melibatkan Kluster Bukit Panchor Nibong Tebal di Seberang Perai Selatan membabitkan 12 kes, diikuti Kluster Jalan Ungku Abdul Aziz 2 di Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor (34 kes).

Satu lagi kluster pendidikan ialah Kluster Putra 15 Satu di Putrajaya yang melibatkan lapan jangkitan.

Tiga kluster tempat kerja turut dikesan di Johor, Melaka dan Perlis membabitkan 71 jangkitan.

BERITA BERKAIT
POPULAR