
Kluster pendidikan, majoriti melibatkan pelajar sekolah, dikesan sejak 1 Januari 2022, susulan pembukaan sesi penggal ketiga persekolahan 2021/2022.
Empat belas lagi kluster baharu Covid-19 berkaitan pendidikan dilaporkan di lapan negeri dan Wilayah Persekutuan dalam tempoh 24 jam semalam.
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiga daripada kluster pendidikan itu dilaporkan di Selangor; diikuti masing-masing dua kluster di Pulau Pinang, Sabah, Labuan serta Negeri Sembilan, dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Pahang serta Perlis.
Tiga kluster pendidikan di Selangor melibatkan:
- Kluster Jalan Anggerik Bukit Beruntung, Hulu Selangor – 29 kes;
- Kluster Ban Dua di Sabak Bernam dan Kuala Selangor – 11 kes; dan
- Kluster Jalan Sebelas Selayang Baru, Gombak – 8 kes.
Dua kluster pendidikan di Pulau Pinang ialah:
- Kluster Pekatra Indah, Seberang Perai Selatan – 45 kes; dan
- Kluster Jalan Padang Lallang 2, Seberang Perai Tengah – 14 kes.
Di Sabah membabitkan:
- Kluster Bukit Langsat, Keningau – 25 kes; dan
- Kluster Kampung Lampada di Kota Marudu dan Tuaran – 25 kes.
Di Labuan melibatkan:
- Kluster Merinding 3 – 25 kes; dan
- Kluster Sungai Pagar – 21 kes.
Dua kluster pendidikan di Negeri Sembilan pula ialah:
- Kluster Kundur Hilir, di Rembau dan Seremban – 68 kes; dan
- Kluster Jalan Rektor Nilai, Seremban – 8 kes.
Sementara itu, Kluster Pauh Putra di Kangar, Perlis melibatkan 11 jangkitan, diikuti Kluster Jalan Andaman di Titiwangsa dan Kepong, Kuala Lumpur (13 kes); dan Kluster Kerdau Temerloh, Pahang (29 kes).
Dalam tempoh sama, KKM turut mengesan masing-masing satu kluster tempat kerja di Kuala Lumpur, dan kumpulan berisiko tinggi di Petaling, Selangor.