14 juta kenderaan dijangka atas jalan raya tiga hari menjelang Aidilfitri

April 18, 2022 · Isu semasa

Bukit Aman menganggarkan kira-kira 14 juta kenderaan akan berada di atas jalan raya di seluruh negara menuju ke destinasi masing-masing, khusus ke kampung halaman, tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri, awal Mei ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kassim Karim berkata berdasarkan trend semasa, sebanyak 4.7 juta kenderaan sehari dijangka berada di atas 32 lebuh raya seluruh negara untuk pulang ke kampung halaman.

Berikutan itu, katanya, pihaknya kini meningkatkan kesiapsiagaan bagi memastikan trafik terkawal ketika tempoh itu melalui Op Lancar.

“Ini kerana trend masyarakat yang suka balik pada saat akhir. Cuti raya pada tahun ini agak panjang dan masyarakat mengambil peluang beraya di kampung setelah dua tahun tidak dibenarkan merentas negeri bagi menyambut Hari Raya susulan pandemik Covid-19.

“Kita juga menjangkakan kesesakan teruk pada 7 dan 8 Mei ini apabila orang ramai pulang semula dari kampung ke ibu negara,” katanya seperti dilapor Utusan.

Mat Kassim juga berkata, ekoran jangkaan pertambahan kenderaan, JSPT mengatur gerak seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik di peringkat kontinjen dan daerah bagi menjaga keselamatan trafik.

Menurutnya cuti pegawai dan anggota JSPT turut dibekukan bagi persediaan Op Selamat 18 bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ turut akan dilancarkan bermula 29 April hingga 8 Mei depan.

“Dalam Op Selamat 18 ini, JSPT akan memberi fokus terhadap Op Motosikal, Op Had Laju dan Op Perdagangan yang akan dijalankan secara penguatkuasaan menyeluruh dengan tiada sebarang rayuan akan diterima bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Aset-aset JSPT seperti motosikal dan kereta peronda juga dioptimumkan penggunaannya bagi tugas penguatkuasaan dan rondaan omnipresent di lokasi panas seluruh negara,” katanya.

Mat Kassim turut mengingatkan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang dan merancang perjalanan dengan selamat.

“Perlu peka dan fokus ketika memandu dan jangan guna telefon bimbit bagi mengelakkan berlakunya situasi tidak diingini,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Zeti beritahu saya Najib banyak duit dalam akaun: Dr M
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok