[KEMAS KINI] 3,568 rakyat asing penyumbang peningkatan kes baharu

August 5, 2021 · Isu semasa

Jumlah pesakit Covid-19 yang disahkan sembuh dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi melonjak kepada 13,893 kes, tertinggi setakat ini, berbanding 12,704 kes sembuh yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 976,626 kes berbanding jumlah keseluruhan jangkitan lebih 1.2 juta kes.

Pada masa sama beliau berkata dalam tempoh itu jumlah kematian akibat Covid-19 di seluruh negara turun kepada 164 kes, berbanding 257 pesakit meninggal dunia semalam.

Angka itu melonjakkan jumlah kumulatif kepada 10,019 kematian sejak pandemik Covid-19 menular di Malaysia pada awal Mac tahun lalu.

“Sehingga kini 1,078 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan 549 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Terdahulu Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 20,596 kes baharu dilaporkan di seluruh negara hari ini. Jumlah ini turut membabitkan 3,568 rakyat asing.

Katanya, daripada jumlah kes harian hari ini, sebanyak 398 kes atau 1.9 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala 20,198 kes (98.1 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 4,660 kes atau 22.6 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kadar kebolehjangkitan beliau berkata, berdasarkan data terkini pada 4 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.07.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Kelantan (nilai RT 1.31) diikuti oleh Terengganu (nilai RT 1.26), dan Perak (nilai RT 1.22). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata dalam tempoh 24 jam itu juga 33 kluster baharu dikesan menjadikan 1,177 kluster masih aktif dan 2,652 lagi telah ditamatkan.

“Daripada jumlah itu, 18 adalah kluster tempat kerja, 12 kluster komuniti, dua kluster pusat tahanan masing-masing di Kedah dan Perak, serta satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Melaka,” katanya.

Berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, tujuh daripada kluster tempat kerja dicatatkan di Selangor membabitkan 501 individu; Johor (empat kluster); Melaka (tiga); Kelantan (dua) dan masing-masing satu di Pulau Pinang serta Putrajaya.

Sementara itu, enam kluster komuniti direkodkan di Kelantan; Sarawak (empat); dan masing-masing satu di Kedah dan Negeri Sembilan.

Data 5 Ogos 2021

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok