
KKM melaporkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam (2 Mac 2023), termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau 'brought in death' (BID).
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara sepanjang hari ini (Sabtu, 7 Mei 2022) meningkat sedikit kepada 1,371 kes, berbanding 1,251 yang direkodkan semalam.
Daripada jangkitan baharu itu, 915 melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (268 kes); individu tidak divaksinasi (158 kes); dan belum lengkap vaksinasi (31 kes).
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 lalu meningkat kepada 4,456,736 kes, dengan 98.68 peratus atau 4,397,881 pesakit telah sembuh.
Daripada 23,276 kes aktif yang dilaporkan setakat hari ini, seramai 22,146 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 19 ditempatkan di PKRC; 1,025 dimasukkan ke hospital; dan 86 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 46 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Pada masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) juga memaklumkan seramai tiga pesakit lagi meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan keseluruhannya 35,579 kes.
Berikut adalah pecahan kes positif dan kumulatif mengikut negeri yang dilaporkan hari ini:
- Selangor – 480 (1,343,563);
- Johor – 57 (382,596);
- Sabah – 22 (370,897);
- Kuala Lumpur – 264 (349,444);
- Sarawak – 49 (305,574);
- Kedah – 46 (298,881);
- Pulau Pinang – 138 (278,001);
- Kelantan – 11 (247,440);
- Negeri Sembilan – 84 (201,962);
- Perak – 70 (201,110);
- Pahang – 25 (170,953);
- Terengganu – 23 (125,792);
- Melaka – 60 (122,368);
- Labuan – 2 (21,313);
- Putrajaya – 38 (19,540); dan
- Perlis – 3 (17,302).