1,360 penerima dos penggalak vaksin semalam disahkan positif Covid-19

Sebanyak 1,360 daripada 2,107 jangkitan baharu Covid-19 semalam (Sabtu, 30 April 2022) melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin, menurut laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM).

Selain itu, sejumlah 439 kes lagi membabitkan individu yang telah menerima dua dos vaksin Covid-19; tidak menerima vaksinasi (234 kes); dan 74 lagi melibatkan individu yang belum lengkap vaksinasi.

Sementara itu, daripada 4,448,004 kumulatif positif sejak awal 2020 lalu hingga semalam, seramai 4,366,951 pesakit telah pulih, dan 45,506 kes masih aktif, termasuk 44,214 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 33 pesakit masih lagi ditempatkan di PKRC; 1,190 dimasukkan ke hospital; dan 69 dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berdasarkan data CovidNOW KKM, berikut adalah kes positif Covid-19 mengikut kumpulan umur:

  • 5,658 kes – 30 hingga 39 tahun;
  • 5,433 kes – 18 hingga 29 tahun;
  • 3,550 kes – 40 hingga 49 tahun;
  • 2,485 kes – 12 hingga 17 tahun;
  • 2,030 kes – 50 hingga 59 tahun;
  • 1,798 kes – 5 hingga 11 tahun;
  • 1,340 kes – 60 hingga 69 tahun;
  • 1,111 kes – 0 hingga 4 tahun;
  • 621 kes – 70 hingga 79 tahun; dan
  • 290 kes – 80 tahun dan ke atas.

Data KKM juga menunjukkan enam negeri mencatat peningkatan jangkitan namun nisbah kenaikan adalah kecil.

Sementara itu, lima pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 semalam, menjadikan kumulatif kematian meningkat kepada 35,547 kes, termasuk 7,521 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau BID.

Kes kematian itu dicatat di Kedah sebanyak dua kes, diikuti masing-masing satu di Johor, Pahang dan Terengganu.

Selain itu, hanya satu kluster baharu Covid-19 dilaporkan semalam yang melibatkan kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Kluster Jalan Bakawali 22 di Johor Bahru membabitkan 26 kes.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 30 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR