
Prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 membabit pemakaian pelitup muka di masjid dan surau di Selangor masih diwajibkan.
Jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Hari Raya Puasa (Isnin, 2 Mei 2022) turun semula dibawah 1,500 kes apabila merekodkan 1,352 kes berbanding 1,503 yang dicatat pada Ahad.
Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 921 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; 232 (melengkapkan dua dos); 169 kes (individu tidak divaksinasi); dan 30 kes (penerima belum lengkap vaksinasi).
Jumlah itu menjadikan kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam meningkat sedikit kepada 4,450,859 dengan 4,378,864 pesakit telah pulih, dan 36,440 kes masih aktif, termasuk 35,439 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah.
Hanya lima pesakit kini ditempatkan di PKRC; 930 dimasukkan ke hospital; dan 66 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 44 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Berikut adalah kes baharu di negeri dan Wilayah Persekutuan yang dicatat semalam:
- Selangor – 680
- Kuala Lumpur – 166;
- Pulau Pinang – 103
- Melaka – 92;
- Johor – 74;
- Perak – 73;
- Negeri Sembilan – 42;
- Sarawak – 35;
- Kedah – 17 kes;
- Kelantan – 15;
- Terengganu – 14;
- Putrajaya – 14;
- Sabah – 14;
- Pahang – 11;
- Perlis – 1; dan
- Labuan – 1.
Sementara itu, dalam tempoh sama seramai lima lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Selangor merekodkan tiga kematian diikuti masing-masing satu di Perak dan Sarawak.
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat sedikit kepada 35,555 kes, termasuk 7,523 kes BID.