135 kes positif baharu Covid-19 di Sekolah Seri Puteri

December 3, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan 135 lagi kes positif Covid-19 dikesan di Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya yang dinamakan Kluster Persiaran Tasik.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster itu diumumkan pada 29 November lalu apabila lapan kes disahkan positif Covid-19.

Menurutnya susulan daripada pengesanan kes-kes ini, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang telah melakukan saringan daripada 26 November 2021 sehingga 3 Disember 2021 ke atas 973 orang warga sekolah dan mendapati 135 kes baharu positif Covid-19.

“Ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 dalam kluster ini seramai 143 orang iaitu 114 murid, 19 guru, dan 10 kakitangan; dengan kadar serangan 14.7 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata daripada 143 kes yang positif Covid-19, seramai 106 kes dalam kategori 1 manakala 35 kes yang lain adalah dalam kategori 2A dan dua (2) kes dalam kategori 2B iaitu masing-masing seorang guru dan seorang murid.

Beliau berkata, semua kes positif ini berada dalam keadaan stabil dan murid yang positif Covid-19 seorang seorang guru telah dimasukkan ke MAEPS untuk rawatan dan pemantauan lanjut.

“Sementara itu, seramai 700 orang kontak rapat iaitu 603 murid, 59 orang guru, dan 38 orang kakitangan telah dikenal pasti.

“Kontak rapat dalam kalangan murid dimasukkan ke stesen kuarantin iaitu di Institut Aminuddin Baki dan Institut Latihan Islam Malaysia, manakala kontak rapat dalam kalangan guru dan kakitangan dikuarantin di rumah masing-masing,” katanya.

Katanya, selain dari aktiviti saringan dan pengasingan kes positif dan kontak rapat, sekolah telah diarahkan ditutup sementara di bawah Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi.

Satu sesi taklimat dan penerangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut telah diadakan. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan kluster ini terkawal, katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok