
Jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak Januari 2020 hingga semalam, 6 Jun 2022 adalah sebanyak 4,516,319 kes, dengan 4,458,999 pesakit telah sembuh. - Gambar Agenda Daily, 28 Mei, 2021.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 1,330 lagi jangkitan baharu Covid-19, termasuk empat kes import, dalam tempoh 24 jam semalam, Isnin (6 Jun 2022), turun sedikit berbanding 1,358 kes yang dicatat pada Ahad.
Jumlah itu menjadikan kumulatif keseluruhan kes positif sejak Januari 2020 sebanyak 4,516,319 kes, dengan 4,458,999 pesakit telah sembuh.
Sehingga semalam, sebanyak 21,630 kes masih aktif, dengan 20,659 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 25 ditempatkan di PKRC; 924 dirawat di hospital; dan 22 dimasukkan ke unit rawatan rapi, termasuk 11 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 985 kes melibatkan individu yang telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19, penerima dua dos (223 kes); individu tidak divaksinasi (108 kes); dan 14 kes melibatkan penerima belum lengkap vaksinasi.
Berikut adalah kes baharu setiap negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 612 (1,370,562);
- Johor – 43 (384,599);
- Sabah – 63 (372,368);
- Kuala Lumpur – 266 (359,245);
- Sarawak – 16 (306,763);
- Kedah – 49 (300,612);
- Pulau Pinang – 92 (281,994);
- Kelantan – 18 (247,933);
- Negeri Sembilan – 54 (205,452);
- Perak – 58 (204,373);
- Pahang – 9 (171,794);
- Terengganu – 3 (126,280);
- Melaka – 30 (124,649);
- Labuan – 1 (21,425);
- Putrajaya – 16 (20,819); dan
- Perlis – 0 (17,451).
Sementara itu, KKM turut memaklumkan hanya dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Sejak Mac 2020 hingga semalam, 35,690 kes kematian dilaporkan di Malaysia akibat Covid-19, termasuk 7,563 kes BID.
Dua kematian yang dilaporkan semalam membabitkan masing-masing satu di Kelantan (BID), dan Johor.