1,307 kes baharu terendah sejak 7 Jun, lima kematian dilaporkan

September 20, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu di seluruh negara semalam (Isnin, 19 September 2022) turun kepada 1,307 kes, berbanding 1,639 yang dilaporkan pada Ahad, terendah sejak Jun lalu, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Kali terakhir kes terendah dilaporkan ialah pada 7 Jun lalu iaitu sebanyak 1,128 kes.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu menyerang Malaysia pada Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,820,197 kes, dengan 4,758,797 pesakit telah sembuh, termasuk 1,830 pesakit pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 894 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 255 kes (penerima dua dos); 150 kes (individu tidak divaksinasi); dan lapan kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

KKM juga memaklumkan sehingga kini, sebanyak 25,083 kes masih aktif, turun sedikit berbanding 25,611 yang dicatat pada Ahad.

Jumlah itu termasuk, 23,866 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah (24,404 pada Ahad); dan dua pesakit ditempatkan di PKRC, (empat pada Ahad).

Jumlah pesakit yang dirawat di hospital pula naik semula kepada 1,160, berbanding 1,143 pesakit pada Ahad, manakala seramai 55 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (60 pada Ahad), dengan 36 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (39 pada Ahad).

Berikut adalah jumlah kes baharu dan kumulatif positif Covid-19 mengikut negeri sehingga semalam:

  • Selangor – 313 (1,471,068);
  • Kuala Lumpur – 200 (433,425);
  • Johor – 51 (393,299);
  • Sabah – 144 (393,183);
  • Sarawak – 50 (314,614);
  • Kedah – 78 (309,065);
  • Pulau Pinang – 50 (296,433);
  • Kelantan – 58 (253,138);
  • Perak – 119 (225,953);
  • Negeri Sembilan – 123 (221,141);
  • Pahang – 27 (177,124);
  • Melaka – 37 (134,606);
  • Terengganu – 34 (129,368);
  • Putrajaya – 17 (27,159);
  • Labuan – 2 (22,232); dan
  • Perlis – 5 (18,389).

KKM juga memaklumkan lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes brought in death (BID).

Tiga daripada kes kematian itu dilaporkan di Johor, termasuk satu kes BID, dan masing-masing satu di Kedah serta Sabah.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,317 kes, termasuk 7,719 kes BID.

Berita berkaitan
Polis tahan pelajar antarabangsa miliki bahan pornografi kanak-kanak
September 22, 2022· Isu semasa
Laporan kesihatan pesakit hanya boleh dikemukakan di mahkamah, kata KKM
September 22, 2022· Isu semasa
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Popular
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
September 26, 2022
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
September 26, 2022
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
September 26, 2022
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Johor naik 222 orang, banyak kampung Parlimen Mat Maslan terjejas
8 jam lalu · Isu semasa
RM2.08 bilion masuk akaun Najib dalam dua bulan, kata saksi
8 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kemuka rayuan pembebasan Zahid: Laporan
9 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
10 jam lalu · Isu semasa
PAC siasat kelewatan projek 3 kapal OPV, kontrak diberi sejak zaman BN
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sambutan ulang tahun ke-6 Bersatu meriah, agih bantuan makanan
8 jam lalu
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok