Langgar SOP: Kluster pendidikan terus meningkat, 13 lagi dikesan

January 27, 2022 · Isu semasa

Jumlah kluster pendidikan Covid-19 yang dikesan sejak 1 Januari lalu terus mencatat peningkatan, apabila 13 lagi kluster baharu kategori itu membabitkan 235 jangkitan, dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam.

Statistik Kementerian Kesihatan (KKM) dalam laman sesawang Covidnow yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sejak 1 Januari lalu hingga semalam sebanyak 120 kluster pendidikan dikesan melibatkan 4,868 kes positif Covid-19.

Semua kluster baharu pendidikan yang dikesan semalam direkodkan masing-masing tiga di Kelantan serta Selangor; Pahang (dua); dan masing-masing satu di Perak, Sabah, Johor, Kedah dan Kuala Lumpur.

Tiga kluster pendidikan di Kelantan ialah Kluster Tiong Pendek di Kota Bharu dan Tumpat melibatkan sembilan kes; Kluster Pahi Krai di Kuala Krai (tujuh kes); dan Kluster Jalan 14/44 Pengkalan Chepa, Kota Bharu (tujuh kes).

Kluster pendidikan di Selangor membabitkan Kluster Persiaran Seri Putra di Hulu Langat dan Kuala Langat melibatkan 24 kes; Kluster Jalan Dahlia Empat di Sepang (16 kes); dan Kluster Jalan Mawar Salak Tinggi, Sepang (lima kes).

Di Pahang, dua kluster pendidikan iaitu Kluster Lebuhraya Gambang, Kuantan membabitkan 14 kes; dan Kluster KM6 Jalan Kuala Lumpur-Bentong di Bentong (54 kes).

Kluster pendidikan lain ialah:

  • Perak – Kluster Jalan Intan Kampar (enam kes);
  • Sabah – Kluster Jalan Teritipan di Kota Marudu, (44 kes);
  • Johor – Kluster Jalan Tajul di Kota Tinggi, (11 kes);
  • Kedah – Kluster Dah Jenan di Kubang Pasu, (33 kes); dan
  • Kuala Lumpur – Kluster Jalan Wangsa Budi di Titiwangsa, (lima kes).

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan hasil siasatan Pejabat Kesihatan Daerah ke atas kes dan kluster pendidikan antara lain berpunca daripada ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketika di sekolah dan luar waktu persekolahan formal, terutama di asrama.

Punca lain ialah:

  • Individu bergejala lewat dikesan dan masih lagi hadir ke kelas;
  • Murid yang dikuarantin di sekolah tidak mematuhi arahan dan prosedur kuarantin;
  • Ruangan tumpuan ramai tidak dilakukan pembersihan dan disinfeksi secara berkala; dan
  • Sistem pengudaraan yang kurang memuaskan di kelas dan asrama.

Sementara itu, KKM juga melaporkan lima kluster tempat kerja turut dikesan semalam melibatkan dua di Pulau Pinang, dan masing-masing satu di Sabah, Selangor serta Johor, manakala dua lagi adalah kluster komuniti (Selangor), dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Sabah.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Pihak berkuasa mula siasat kes helikopter jatuh di Bidor
September 13, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
6 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
6 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok