13 kenderaan polis di IPK Kedah musnah, bengkel terbakar

September 12, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 13 kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) musnah dalam kebakaran bangunan bengkel kenderaan, Pejabat Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad bagaimanapun berkata kejadian yang berlaku kira-kira 4.45 pagi itu, tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

“Kebakaran tersebut telah memusnahkan pejabat pentadbiran pengangkutan, bengkel kenderaan, peralatan, kelengkapan pejabat serta 13 kenderaan polis.

“Punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Hassan berkata PDRM Kontinjen Kedah merakamkan ucapan penghargaan kepada JBPM Kedah dan semua pihak yang terlibat, dalam usaha memadamkan kebakaran dan menangani situasi itu.

Sementara itu, Pengarah JBPM Kedah Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.53 pagi, berhubung kebakaran bengkel kenderaan di IPK Kedah.

“Seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Jalan Kundur dan PBS Seberang Nyonya, bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Kebakaran melibatkan bangunan bengkel kenderaan yang memusnahkan beberapa kereta dan motosikal berkuasa tinggi dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
3 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
7 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
7 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok