13 kematian akibat Covid semalam

Seramai 13 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam (Selasa, 26 April 2022), termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau kes BID, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 35,520 kes, termasuk 7,516 kes BID, menurut data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini, tengah malam tadi.

Tujuh negeri merekodkan kematian akibat Covid-19 semalam, dengan Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatat tiga kes, diikuti masing-masing dua di Kedah dan Perak, dan masing-masing satu kes di Melaka, Pahang dan Pulau Pinang.

Selangor kini mencatat kumulatif positif sebanyak 1,334,277 kes, dengan 1,290,623 pesakit telah pulih, dan 33,032 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 32,483 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 31 ditempatkan di PKRC; 480 dimasukkan ke hospital; dan 38 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, daripada 3,361 jangkitan baharu yang dilaporkan semalam, 2,014 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; 775 (melengkapkan dua dos); 412 (tidak divaksinasi); dan 160 (belum lengkap vaksinasi).

Daripada 4,436,912 kumulatif positif sejak Januari 2020 hingga semalam, 4,339,521 pesakit telah pulih, dan 61,871 kes masih aktif, termasuk 60,162 pesakit menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 77 pesakit ditempatkan di PKRC; 1,531 dimasukkan ke hospital; dan 101 pesakit dirawat di ICU, dengan 63 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, menurut laman sesawang CovidNOW.

Sehingga 25 April, lebih 70.11 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada populasi di Malaysia, termasuk rakyat asing.

Daripada jumlah itu, 26,589,345 atau 81.4 peratus populasi telah menerima dua dos, dan 27,726,986 atau 84.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 16,014,864 atau 68.1 peratus individu dewasa telah menerima dos penggalak.

Berita berkaitan: Kes positif hari ini naik sedikitĀ 

Pecahan kes Covid-19 mengikut negeri-negeri pada 26 April 2022.

BERITA BERKAIT
POPULAR