13 kematian, 31,831 kes terkumpul

January 20, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam naik empat kes berbanding sembilan yang dicatat semalam, menurut statistik Kementerian Kesihatan (KKM).

Statistik dalam laman sesawang Covidnow kendalian KKM yang dikemas kini pagi ini menunjukkan 13 pesakit meninggal dunia, termasuk tiga yang belum sempat menerima rawatan di hospital dan dikategorikan sebagai ’brought in death’ (BID).

Sepuluh negeri mencatat kes kematian semalam menjadikan jumlah keseluruhannya sejak awal 2020 lalu, sebanyak 31,831 kes, termasuk 6,420 kes BID.

Tiga negeri – Pulau Pinang, Sabah dan Kuala Lumpur – masing-masing mencatat dua kes kematian, manakala masing-masing satu kes di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Selangor.

Tiada pesakit Covid-19 meninggal dunia dilaporkan di Pahang, Perak, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Sehingga semalam seramai 162 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 76 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sabah mencatat jumlah pesakit yang dirawat di ICU tertinggi sebanyak 26 kes, termasuk enam daripadanya yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sejak awal 2020 hingga semalam, 244,823 kumulatif kes positif direkodkan di Sabah, dengan 237,057 pesakit telah sembuh, 2,812 kematian, dan 4,954 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 4,238 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 312 ditempatkan di PKRC; dan 378 dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Setakat 18 Januari, 2,396,261 atau 61.3 peratus populasi Sabah telah lengkap divaksinasi, 2,452,852 atau 62.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 373,828 atau 9.6 peratus individu menerima suntikan dos penggalak.

Sebanyak sembilan kluster masih aktif di negeri itu dengan empat daripadanya membabitkan pendidikan, tempat kerja (tiga), dan masing-masing satu kluster komuniti serta import.

Sehingga semalam, negara merekodkan 2,817,163 kumulatif kes positif, termasuk 13,945 kes import, dengan 2,744,203 pesakit telah sembuh dan 41,129 kes masih aktif, meningkat 368 kes berbanding semalam.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 34,253 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah; 3,989 ditempatkan di PKRC; dan 2,725 dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok