13 individu dipanggil polis berhubung himpunan bantah skandal LCS

August 16, 2022 · Isu semasa

Seramai 13 individu akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok berhubung siasatan perhimpunan ‘Mana Kapal Tempur Pesisir (LCS)’ yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ahad lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kesemua individu berkenaan merupakan antara yang hadir dan turut berucap semasa perhimpunan berkenaan, lapor Bernama.

“Kita akan terus melakukan siasatan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya seberapa segera yang boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

MoA itu ditandatangani Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Awang@Musran Tawil dan Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kontinjen Kuala Lumpur SAC Muhammad Idzam Jaafar.

Ia bagi mengukuh hubungan kedua-dua pihak yang bersifat kerjasama pintar dalam memberi pengkhususan mengumpul dan mengagihkan dana yang diterima oleh YaPEIM melalui Skim Infaq Gaji sumbangan pegawai dan anggota polis Kuala Lumpur.

Ahad lepas, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata kertas siasatan telah dibuka berkaitan perhimpunan berkenaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Beliau berkata kira-kirai 60 individu terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa, ahli parti politik serta beberapa individu yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti telah berhimpun di kawasan terbabit bermula 2 petang.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
ADC PM kembali ke pasukan polis, mula bertugas di Bukit Aman 1 Jun
May 23, 2022
66 pelancong Malaysia positif varian Omicron di Indonesia
January 20, 2022
Mungkin libat pengubahan wang haram, NGO lapor Rafizi kepada SPRM
November 10, 2022
Mufti Perlis persoal keputusan ‘halal’ Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok