13 daripada 23 kluster baharu Covid-19 hari ini babitkan tempat kerja

September 20, 2021 · Isu semasa

Jumlah kluster Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat kembali kepada 23 kluster berbanding 19 yang dilaporkan dalam tempoh sama semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah terbaharu itu menjadikan keseluruhannya 5,305 kluster dengan 3,970 telah ditamatkan, manakala 1,335 lagi masih aktif.

Beliau berkata 13 daripada kluster itu membabitkan tempat kerja, komuniti (lapan), dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan import, kedua-duanya dikesan di Johor.

Johor juga merekodkan lima kluster tempat kerja, Perak (tiga), Kelantan (dua) dan masing-masing satu di Sabah, Selangor, dan Melaka.

Sementara itu, Sarawak yang mencatat lonjakan jangkitan positif sebanyak 3,611 kes hari ini, merekodkan empat kluster komuniti, diikuti tiga di Kelantan, dan satu di Pahang.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, dalam tempoh 24 jam itu juga sebanyak 16,814 lagi pesakit disahkan sembuh menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 1.88 juta kes, berbanding jumlah keseluruhan jangkitan positif sebanyak lebih 2.11 juta kes.

Daripada 14,345 kes baharu hari ini 1,246 membabitkan rakyat asing. Daripada jumlah itu, 43 adakah kes import yang turut melibatkan 16 bukan warganegara.

Sebanyak 212 kes atau 1.5 peratus daripada kes hari ini adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 14,133 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Menurutnya, dalam tempoh itu juga 1,167 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 906 daripadanya disahkan positif Covid-19, dan 261 pesakit lagi disyaki dan dalam siasatan.

Katanya, 636 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dengan 407 daripadanya disahkan positif, dan 229 lagi disyaki atau kes dalam siasatan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok