13 daripada 23 kluster babitkan tempat kerja dikesan

June 30, 2021 · Isu semasa

Dua puluh tiga kluster baharu dengan 13 daripadanya membabitkan jangkitan di tempat kerja dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata lapan lagi adalah kluster komuniti, satu (kumpulan berisiko tinggi) dan pendidikan (satu).

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata 4,929 pesakit juga sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh kepada 682,680 individu atau 90.8 peratus daripada jumlah jangkitan sebanyak 751,979 sejak kes pertama dikesan pada Mac tahun lalu.

“Daripada 6,276 kes baharu hari ini, 16 adalah kes import yang membabitkan 12 warganegara dan empat bukan warga negara. Sebanyak 64,129 kes masih aktif.

“Sebanyak 905 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 452 memerlukan bantuan alat pernafasan. Sebanyak 62 kematian dilaporkan dalam tempoh itu membabitkan 59 warganegara dan tiga bukan warganegara,” katanya.

Selangor merekodkan lima kluster baharu melibatkan empat jangkitan tempat kerja dan satu (kumpulan berisiko tinggi), diikuti Johor dengan empat kluster tempat kerja dan satu komuniti.

Kluster lain membabitkan masing-masing tiga di Kuala Lumpur, Kelantan dan Sarawak (tempat kerja dan komuniti), dan masing-masing satu jangkitan tempat kerja, komuniti dan pendidikan di Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Pahang.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Zahid ulang lagi kata lantikan PM terserah kepada budi bicara Agong
November 15, 2022· Politik
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
Popular
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
December 2, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
2 jam lalu · Isu semasa
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
4 jam lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
10 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
18 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok