13 daripada 19 kluster baharu Covid-19 semalam libatkan pendidikan

Sembilan belas kluster baharu Covid-19 dikesan semalam dengan 13 daripadanya melibatkan kluster pendidikan, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Enam lagi kluster baharu Covid-19 melibatkan tiga di tempat kerja; kumpulan berisiko tinggi (dua) dan satu kluster komuniti.

Daripada jumlah kluster pendidikan itu, masing-masing tiga kluster direkodkan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Sabah; dua dicatat di Pahang; dan masing-masing satu di Perak serta Kelantan.

Tiga kluster pendidikan di Negeri Sembilan melibatkan:

  • Kluster Jalan Dataran 2, Seremban – 7 kes;
  • Kluster Intan Delima 3, Kuala Pilah – 22 kes; dan
  • Kluster Jalan Besar Gemencheh, Tampin – 28 kes.

Tiga kluster pendidikan di Kuala Lumpur ialah:

  • Kluster Jalan Sekolah Sukan, Cheras – 11 kes;
  • Kluster Dua Lingkaran Budi, Lembah Pantai – 9 kes; dan
  • Kluster Jalan Persiaran Gurney, Kepong – 14 kes.

Tiga kluster pendidikan di Sabah membabitkan:

  • Kluster Batu Enam Kota Belud – 19 kes;
  • Kluster Jalan Sugut Ranau – 49 kes; dan
  • Kluster Kemburungoh 2, Ranau – 54 kes.

Dua kluster pendidikan di Pahang ialah:

  • Kluster Peramu Kuantan – 9 kes; dan
  • Kluster Batu Talam Raub – 43 kes.

KKM juga mengesan satu kluster pendidikan iaitu Kluster Jalan Siputeh Parit di Perak Tengah, Perak membabitkan 42 jangkitan, dan Kluster Jalan Banggol Kulim, Pasir Mas, Kelantan (enam jangkitan).

BERITA BERKAIT
POPULAR