1,291 kes baharu, tiga kematian

October 12, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Selasa, 11 Oktober 2022) meningkat sedikit kepada 1,291 berbanding 1,241 kes yang dicatat pada Isnin.

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,857,508 kes, dengan 4,799,239 pesakit telah sembuh, termasuk 1,592 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 922 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 250 kes (penerima dua dos); 113 kes (individu tidak divaksinasi); dan enam kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 21,863 kes masih aktif, turun lagi berbanding 22,167 kes yang dilaporkan sehingga Isnin.

Daripada jumlah itu, 20,897 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (21,200 pesakit pada Isnin); 920 dirawat di hospital (929 Isnin); dan 46 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (38 Isnin), dengan 22 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (25 Isnin).

Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 429 (1,482,665);
  • Kuala Lumpur – 318 (441,116);
  • Sabah – 94 (396,222);
  • Johor – 40 (394,297);
  • Sarawak – 49 (316,237);
  • Kedah – 62 (310,434);
  • Pulau Pinang – 53 (298,237);
  • Kelantan – 49 (254,145);
  • Perak – 85 (229,174);
  • Negeri Sembilan – 42 (222,979);
  • Pahang – 18 (177,832);
  • Melaka – 36 (135,892);
  • Terengganu – 13 (129,823);
  • Putrajaya – 1 (27,682);
  • Labuan – 1(22,284); dan
  • Perlis – 1 (18,499).

Sementara itu, KKM juga melaporkan tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam. Tiada kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID) dilaporkan.

Dua daripada kes kematian itu direkodkan di Perak dan satu di Johor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak Mac 2020 hingga semalam meningkat kepada 36,406 kes, termasuk 7,741 kes BID.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
27 minit lalu · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
2 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
3 jam lalu · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
20 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok