1,278 kes semalam, dua kematian

May 6, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 1,278 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam (Khamis, 5 Mei 2022) di seluruh negara, meningkat sedikit berbanding 1,054 yang dicatat pada Rabu.

Daripada jangkitan baharu itu, 847 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (201 kes); individu tidak divaksinasi (163 kes); dan belum lengkap vaksinasi (67 kes).

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak awal Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,454,113 kes, dengan 4,391,090 pesakit telah sembuh, dan 27,454 kes masih aktif.

Seramai 26,407 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 17 ditempatkan di PKRC; 964 dimasukkan ke hospital; dan 66 pesakit dirawat di unit rawatan rapi dengan 36 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah jumlah kumulatif positif mengikut negeri sehingga 5 Mei 2022:

  • Selangor – 1,342,645;
  • Johor – 382,489;
  • Sabah – 370,849;
  • Kuala Lumpur – 348,896;
  • Sarawak – 305,491;
  • Kedah – 298,774;
  • Pulau Pinang – 277,763;
  • Kelantan – 247,414;
  • Negeri Sembilan – 201,835;
  • Perak – 200,976;
  • Pahang – 170,901;
  • Terengganu – 125,750;
  • Melaka – 122,251;
  • Labuan – 21,309;
  • Putrajaya – 19,485; dan
  • Perlis – 17,285.

Sementara itu, KKM memaklumkan hanya dua kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kumulatif sejak Mac 2020 sebanyak 35,569 kes, termasuk 7,528 kes meninggal dunia di luar fasiliti kesihatan atau BID.

Dua kes kematian itu melibatkan masing-masing di Negeri Sembilan dan Perak.

Berita berkaitan
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Strok haba, KKM sahkan satu kematian di Kelantan
April 28, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
11 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
11 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
12 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok