1,276 kes baharu Covid-19 semalam libatkan penerima dos penggalak

June 12, 2022 · Isu semasa

Sebanyak 1,709 jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam (11 Jun 2022), turun berbanding 2,166 kes pada Jumaat, dengan 1,276 daripada kes baharu itu melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.

Sebanyak 261 kes lagi membabitkan penerima yang lengkap dua dos, 155 kes (individu yang tidak divaksinasi); dan 17 (penerima belum lengkap vaksinasi), menurut laman Github Kementerian Kesihatan (KKM).

Kes harian terbaharu itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 di Malaysia sejak Januari 2020 meningkat kepada 4,524,727 kes, dengan 4,466,304 pesakit telah pulih, termasuk 1,746 yang sembuh semalam.

Jumlah kes aktif sehingga kini turun sedikit kepada 22,712 kes berbanding 22,751 pada Jumaat.

Daripada jumlah kes aktif itu, 21,707 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah; 25 ditempatkan di PKRC; 956 dirawat di hospital; dan 24 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 14 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berikut adalah kes baharu setiap negeri semalam dan jumlah kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 660 (1,374,078);
  • Johor – 43 (384,856);
  • Sabah – 38 (372,688);
  • Kuala Lumpur – 411 (361,074);
  • Sarawak – 35 (306,992);
  • Kedah – 30 (300,822);
  • Pulau Pinang – 131 (282,528);
  • Kelantan – 10 (248,018);
  • Negeri Sembilan – 89 (205,809);
  • Perak – 122 (204,857);
  • Pahang – 27 (171,894);
  • Terengganu – 6 (126,326);
  • Melaka – 48 (124,847);
  • Labuan – 0 (21,429);
  • Putrajaya – 52 (21,033); dan
  • Perlis – 7 (17,476).

Sementara itu, KKM juga memaklumkan dua lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, menjadikan kumulatif kematian sejak Mac 2020 meningkat kepada 35,711 kes.

Dua kematian itu masing-masing dilaporkan di Perak dan Selangor.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
13 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
44 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
1 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok