1,251 kes baharu, tujuh kematian

May 7, 2022 · Isu semasa

Seramai 1,251 individu lagi dijangkiti virus SARS-CoV-2 dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 6 Mei 2022), berbanding 1,251 kes yang direkodkan pada Khamis, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada jangkitan baharu itu, 863 melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19; penerima dua dos (206 kes); individu tidak divaksinasi (159 kes); dan belum lengkap vaksinasi (23 kes).

Sejak Januari 2020 hingga semalam, negara mencatat kumulatif positif sebanyak 4,455,364 kes, dengan 4,394,271 pesakit telah sembuh, dan 25,517 kes masih aktif, termasuk 24,396 pesakit yang masih menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 19 pesakit masih ditempatkan di PKRC; 1,026 dimasukkan ke hospital; dan 76 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 39 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan tujuh lagi kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan kumulatif sebanyak 35,576 kes, termasuk 7,530 kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Berikut adalah pecahan kes baharu semalam dan kumulatif positif mengikut negeri sejak awal 2020 lalu:

  • Selangor – 438 (1,343,083);
  • Johor – 50 (382,539);
  • Sabah – 26 (370,875);
  • Kuala Lumpur – 284 (349,180);
  • Sarawak – 34 (305,525);
  • Kedah – 61 (298,835);
  • Pulau Pinang – 100 (277,863);
  • Kelantan – 15 (247,429);
  • Negeri Sembilan – 43 (201,878);
  • Perak – 64 (201,040);
  • Pahang – 27 (170,928);
  • Terengganu – 19 (125,769);
  • Melaka – 57 (122,308);
  • Labuan – 2 (21,311);
  • Putrajaya – 17 (19,502); dan
  • Perlis – 14 (17,299).

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok