
Data sehingga 14 Disember 2022.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Rabu, 14 Disember 2022) meningkat lagi kepada 1,241 kes, berbanding 1,040 yang direkodkan pada Selasa.
Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif sejak 25 Januari 2020 sebanyak 5,013,724 kes dengan 4,959,725 pesakit telah sembuh, termasuk 1,567 yang pulih semalam, menurut data terbaharu Kementerian Kesihatan (KKM).
Pada Isnin, negara mencatat 809 kes baharu Covid-19 dan 867 pada Ahad – terendah sejak kali terakhir merekodkan 941 kes pada 29 Mac 2021.
Dalam tempoh semalam juga sebanyak 893 kes melibatkan individu yang telah menerima vaksin dos penggalak; diikuti 215 kes individu lengkap divaksinasi; sembilan kes (individu belum lengkap divaksinasi); dan 124 kes (individu tidak divaksinasi).
Rekod KKM juga menunjukkan sebanyak 17,215 kes masih aktif, turun berbanding 17,547 yang dicatat pada Selasa, manakala 16,138 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (16,378 pada Selasa). Tiada pesakit yang ditempatkan di PKRC.
Menurut KKM, seramai 1,010 pesakit menerima rawatan di hospital (1,100 pada Selasa), dan 67 dimasukkan ke unit rawatan rapi (69 pada Selasa). Seramai 43 pesakit ICU memerlukan alat bantuan pernafasan (52 pada Selasa).
Berikut adalah pecahan kes baharu semalam mengikut negeri dan wilayah, serta kumulatif kes positif:
- Selangor – 472 (1,540,114)
- Kuala Lumpur – 108 (465,061)
- Sabah – 54 (406,129)
- Johor – 24 (397,449)
- Sarawak – 138 (322,488)
- Kedah – 56 (317,326)
- Pulau Pinang – 61 (306,094)
- Kelantan – 42 (259,488)
- Perak – 58 (237,921)
- Negeri Sembilan – 32 (230,106)
- Pahang – 31 (182,011)
- Melaka – 102 (143,411)
- Terengganu – 18 (132,525)
- Putrajaya – 31 (31,820)
- Labuan – 8 (22,875)
- Perlis – 6 (18,906).
Sementara itu, seramai enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, dengan satu daripadanya melibatkan kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).
Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 meningkat kepada 36,784 mangsa, termasuk 7,837 kes BID.
Dua daripada kematian itu masing-masing dilaporkan di Kedah, termasuk satu BID; serta Negeri Sembilan. Dua lagi kes dilaporkan di Johor dan Perak.