
Pecahan pemberian vaksin mengikut negeri sehingga 11 Jun 2022. - Sumber Covidnow KKM
Sebanyak 8,538 dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection, diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga di bawah 11 tahun semalam (11 Jun 2022).
Di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang dilancarkan 3 Februari lalu, sebanyak 8,029 kanak-kanak menerima dos kedua, manakala 509 lagi dos pertama.
Sehingga semalam, 2,966,164 dos telah diberikan, dengan seramai 1,231,562 atau 34.7 peratus kanak-kanak telah lengkap divaksinasi, sementara 1,734,602 atau 48.9 peratus lagi menerima dos pertama.
Sementara itu, sejak September tahun lalu hingga semalam sebanyak 5,919,036 dos vaksin telah diberikan kepada remaja berusia 12 hingga di bawah 18 tahun.
Daripada jumlah itu, 2,912,976 atau 93.6 peratus remaja telah lengkap divaksinasi, manakala 3,006,060 atau 96.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Manakala, sejak PICK dilancarkan pada 24 Februari tahun lalu pula sebanyak 62,160,731 dos vaksin telah diberikan kepada golongan dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.
Seramai, 23,267,895 atau 98.9 peratus daripadanya menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 22,990,759 atau 97.7 peratus lagi menerima dua dos.
Bagi golongan dewasa, suntikan vaksin mereka dikira tidak lengkap sekiranya tidak mendapatkan dos penggalak.
Sehingga kini, 16,116,695 atau 68.5 peratus individu dewasa telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19.
Keseluruhannya sebanyak 71,045,931 dos vaksin telah diberikan kepada populasi Malaysia, termasuk rakyat asing, sejak 24 Februari tahun lalu, dalam usaha kerajaan menangani jangkitan Covid-19.