1,215 ahli sindiket curi kenderaan kena POCA

April 8, 2021 · Isu semasa

Seramai 1,215 ahli sindiket curi kenderaan telah dikenakan tindakan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 sejak tahun 2016, kata Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Dev Kumar.

Katanya, daripada jumlah itu, 753 adalah ahli sindiket mencuri motosikal, curi kereta (422), manakala selebihnya adalah sindiket mencuri kenderaan lain.

Pada masa sama, beliau berkata, kes kecurian kenderaan yang dilaporkan kepada polis di seluruh negara menunjukkan trend penurunan.

“Sebanyak 21,578 kes kecurian kenderaan dilaporkan pada tahun lepas berbanding 2019 sebanyak 30,868 kes iaitu keseluruhan penurunan sebanyak 30 peratus,” katanya pada Pelancaran Kempen Kesedaran Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2021 di Kuala Lumpur, hari ini.

Dev berkata, kes melibatkan 4,596 kecurian kereta; 16,057 kecurian motosikal, manakala 925 membabitkan kenderaan jenis lori, van dan jentera berat.

Mengenai Geng Lanun Merah Black Maria 360 yang dikatakan mengendalikan aktiviti buang sampah, sisa toksik, edar dadah dan seludup pendatang tanpa izin di Pandamaran, Klang, Dev berkata siasatan polis berhubung isu itu masih di peringkat awal dan maklumat lanjut sedang dikumpulkan.

Berita berkaitan
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Keputusan kes saman Khairuddin ditahan SOSMA pada 24 Ogos
June 2, 2022· Isu semasa
Cari Razak Baginda jika apa-apa berlaku, kata saksi dalam kes Altantuya
May 18, 2022· Isu semasa
Popular
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
2 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
2 jam lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
2 jam lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok