
Data terbaharu sehingga 17 Oktober 2022.
Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam semalam (Isnin, 17 Oktober 2022), turun lagi – terendah dalam tempoh 20 hari – namun daripada enam kematian yang dilaporkan, lima membabitkan kes di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan dalam tempoh itu 1,210 kes baharu dicatat, turun berbanding 1,712 kes pada Ahad. Pada 26 September lalu, negara merekodkan 1,186 kes baharu.
Angka itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,868,402 kes, dengan 4,808,909 pesakit telah sembuh, termasuk 2,026 yang pulih semalam.
Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah kes baharu itu, 824 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 262 kes (penerima dua dos); 119 kes (individu tidak divaksinasi); dan lima kes (individu belum lengkap divaksinasi).
Sementara itu data laman sesawang KKMNOW pula menunjukkan sehingga kini 23,070 kes masih aktif, turun berbanding 23,892 kes yang dilaporkan sehingga Ahad.
Daripada jumlah itu, 22,002 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (22,854 pesakit pada Ahad); 1,025 dirawat di hospital meningkat berbanding 1,002 pada Ahad.
Seramai 43 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (36 Ahad), dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, kekal seperti pada Ahad.
Tiada pesakit yang kini ditempatkan untuk menerima rawatan di PKRC.
Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:
- Selangor – 422 (1,486,250);
- Kuala Lumpur – 109 (443,516);
- Sabah – 108 (396,993);
- Johor – 48 (394,595);
- Sarawak – 37 (316,647);
- Kedah – 59 (310,789);
- Pulau Pinang – 81 (298,725);
- Kelantan – 45 (254,408);
- Perak – 90 (230,020);
- Negeri Sembilan – 114 (223,565);
- Pahang – 17 (178,036);
- Melaka – 21 (136,190);
- Terengganu – 26 (129,953);
- Putrajaya – 32 (27,898);
- Labuan – 0 (22,298); dan
- Perlis – 1 (18,519).
Sementara itu, daripada enam pesakit yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, tiga kes dilaporkan di Selangor dengan dua daripadanya adalah kes BID.
Manakala, selebihnya melibatkan kes BID di Johor; Perak; dan Kuala Lumpur.
Untuk rekod, Malaysia kali pertama mencatatkan kes kematian akibat Covid-19 ialah pada 17 Mac 2020 dan sehingga kini jumlah angka korban adalah sebanyak 36,422 kes.
Daripada jumlah yang dilaporkan itu, sebanyak 7,748 kes adalah kematian BID.